Monday, May 28, 2012

kiasan Hati

Melangkah kakiku setapak demi setapak ke arah destinasi perubahan bergetar rasa meninggalkan titis-titis kepedihan luka duka yang masih kekal bertapak meninggalkan calar yang membekas di jiwa lantaran luka yang masih terpatri indah di dalam lukisan jiwa...

menggigil tubuh saat berbicara merobek hati dikala mengingatinye menitis jernih embun air mata menilainye kini.. masihku cuba bangkit.. meskipun kadangkala aku letih tak bermaya berjalan penat kelelahan.. namun..akanku tetap mencuba dan terus mencuba demi meraih sesuatu yang lebih indah buat bekal di hari muka..

Meskipon ranjaunya masih akan tetap dipenuhI duri2 dunia.. namun,aku akan tetap tabah menjalaninya meskipun sukar..aku akan tetap percaya.. jalan yang telah aku pilih ini adalah jalan yang akan mendewasakan jiwaku..untuk aku.. tetap gagah melaluinya di hari muka kerana kiniku. bersama azam baru mencuba dengan segala keringatku. untuk meninggalkan titik2 noda luka lama..

Aku akan tetap bangkit bersemangat bersama cahaya redhaMU.. agar aku akan tetap tenang dan bersyUkur kepadaMU Duhai sang pencipta Hati.. tetapkanlah hatiku di atas jalanMU..

YA ALLAH..AKU TITIPKAN HATI INI BUATMU.. KAU IKHLASKANLAH HATIKU UNTUK MENERIMA SEGALA UJIANMU..KAU REDHOKANLAH SEGALA URUSANKU..

YA RAHMAN KAU LURUSKANLAH HATIKU.. JANGAN KAU PALINGKAN HATIKU SETELAH KAU TITIPKAN HIDAYAH.. KAU BERIKANLAH AKU KETENANGAN AGAR AKU TETAP TENANG DALAM MELAKSANAKAN PERINTAHMU..

YA RABB..PERKENANKANLAH PERMINTAAN HAMBAMU YANG LEMAH INI..AMEN

No comments:

Post a Comment