Saturday, October 29, 2011
sabar dan ikhlas itu islam...
dalam sebuah hadith shahih RasulAllaH S.A.W DE Berkata:
"tidAklah seseorang mukmin dilanda kecemasan,kelelahan dan kesedihan melainkan Allah akan menghapuskan segala kesalahanya" ..
berdasarkan hadis tersebut jelaslah ALLah amat mengasihi hambanya yang ditimpa ujian dan cabaran dalam hidupnya..segala ujian yang ditimpakan tidak dapat dijangkakan malah kadang2 sukar untuk dimengertikan,oleh itu,seOrang mukmin mahuPun mukminah harus selalu bersedia dalam mengharungi segala ujian dengan berbekalkan sifat ikhlas,sabar dan sentiasa bertawakkal kepada Allah..mungkin keaadaan dan sifat yang telah ana sebutkan sebentar tadi mudah dilafazkan tetapi begitu sukar untuk dilaksanakan mahupun diterapkan karana ana juga salah seorang hamba Allah yang sangat mengerti dan merasai betapa sukarnya sifat ikhlas itu..tidaklah seseorang hamba itu bersifat ikhlas seandainya masih merasa sakit,dan tidaklah seseorang hamba itu bersifat sabar andai masih ada baTas..
Ana kerap kali terdengar bahkan pernah ana ungkapkan "beratnye ujian?? apa salah aku?? mampukah aku??layakkah aku" itulah antara uNgkapan keluhan yang kerap kali diungkapkan..duhai sahabat,siApa kita di muka bumi nie??perlukah kita mempersoalkan segala yang telah Allah takdirkan..muhasabah balik diri kita...kita hanya Hamba.hamba yang diciptakan sebagai khalifah atas muka bumi ini..sedangkan RAsulaLLAH seOrang kekasih Allah juga diberikan ujian,beratnye ujian baginda tetapi pernahkah baginda mengeluh??tidak duhai sahabat..bahkan baginda merupakan manusia yang paling manis wajahnye dengan senyuman,kehadiran baginda juga membawa rahmat dan ketenangan kepada umatnya,usirlah kesedihanmu dengan tetap tersenyum dan bersabarlah dengan ujian yang menimpa..
sahabat,
setiap ujian yang menimpa sebenarnya terjadi mengikut kemampuam diri kita,semakin banyak ujian yang mampu kita harungi, ujian tersebut mampu menanamkan sifat ikhlas dan sabar dalam hati kita...ujian yang menimpa akan mengajar kita dan mendidik hati kita supaya tabah dan mengharungi ujian tersebut denGan tenang dan menanganinya dengan bijak...setap kesusahan pasti akan ada kemudahan..begitulah ujian,setiap ujian yang berlaku pasti ada jalan keluarnya..capat atau lambat tidak dapat dipastikan tetapi percayalah kebenaran pasti akan terbukti.. seorang penyair berkata: jika persoalan terasa semakin menyesakkan,tunggulah datangnya kelegaan kerana sesuatu yang paling dekat dengan persoalan yang menyesakkan adalah kelegaan.. usahlah duhai sahabat kita terlalu risau akan tergangunya kebahagian kita di dunia,dunia hanya sementara sedangkan akhirat yang sentiasA kekal abadi..kekasih hati pilihan Allah tidak akan diberi kenikmatan yang tiada sudah bahkan sentiasa diberi ujian olenYA untuk sentiasa membuat hatinya sentiasa mengingati Allah sebagaimana kalam Allah dalam surah AR-raad ayat28:
"Dan ingatlah,hanya dengan mengingati ALLAh hati akan tenang.."
setiap orang yang beriman haruslah sentiasa beristighfar dan meminta pertolongan dari ALLAH,luahkanlah segalanya pada Allah,sesunguhya Allah amat rindukan rintihanmu setiap masa...bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala ujian yang diberi..ingatlah setiap ujian yang diberi pasti ada hikmahnya..pasti ada jalan keluarnya..bersedihlah kerana kurangnYA kebaikan yang dibuat dan janganlah kau bersedih kerana dunia,dunia tidak layak ditangisi olehmu..bangkitlah!! tabahkan hatimu!! kerana sesunguhnya maNusia adalah sebaik2 kejadian..
Subscribe to:
Posts (Atom)