Tuesday, November 29, 2011
puisi:wanita solehah
kalau aku ditanya
siapakah rembulan jiwa dunia
pasti kanku sebut
wanita solehah
dia harta dunia
dia saham akhirat
kalau wujud permata tak ternilai
maka dia jauh dari gapaian pemikiran
wanita solehah
mentari hati
sopan lembutnya
menawan diri
lembut tuturnya
hiasan diri
teguh taqwanya
harga diri
wanita solehah
tongkat buat lelaki
yang buta menuju ALLAH
cahaya buat lelaki
menyinar gelap jalan menuju ILLAHI
oh wanita solehah
lagu ini untukmu
harga yang tidak ternilai
aprisiasi pandanganku kepadamu
peneman sejati hidup ini
penyejuk damai hati ini
bergerak melangkah menari
pendamai mata yang sunyi
kawan da’ie yang sepi
wanita solehah
lebih dari bidadari
menyimpan diri
hanya untuk ILLAHI
ALLAH…
apakah KAU Dengar suara hati ini?
menangis sepi merembes di hati
wanita solehah
apakah dalam gapaian diri?
wanita solehah
aprisiasiku
aprisiasi yang tertinggi
by…
Laksmana Angkasa
Thursday, November 17, 2011
rapuh
Ya ALLAH,
Tika aku terasa kerdil.
Biarlah rasa kerdil itu disisiMu.
Bukannya kerana manusia hambaMu.
Kerana ku sedar kau yang Maha Agung.
Ya ALLAH,
Tika aku merindui kasih sayang.
Biarlah belaianMu ku harapkan.
Bukannya belaian yang tidak halal bagiku.
Kerana ku tahu itu mengundang murkaMu.
Ya ALLAH,
Tika aku terasa sepi.
Biarlah sepi itu kerana terasa jauh dariMu, kekasihku.
Bukannya kerana dambakan perhatian yang bernama Adam.
Kerana itu bisa buat ku hanyut dalam ulikan nafsu.
Ya ALLAH,
Tika aku rasa ada taman dalam hati.
Biarlah yang menghiasi pujian-pujian buatMu, Ya Ilahi.
Bukannya bayangan fatamorgana dunia yang menari-nari mengaburi.
Kerana ku tak rela lelah mengejar yang tidak pasti.
Doctor,nurse atau patients?
Doktor hati katanya ada ubat hati,
Alih-alih apa yang diberi?
Ubat mabuk cinta rupanya!
Nurse hati katanya rawat hati,
Alih-alih apa yang jadi?
Derma hati sendiri rupanya!(beri hati)
Pesakit hati katanya sakit hati,
Alih-alih apa yang sakit?
Sakit angau rupanya!
Maka carilah cinta Ilahi. Pengubat,perawat dan penyembuh segala penyakit hati.
ketIka hati seOrang mUslimah TeRluka..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia akan menghapus air matanya dengan imannya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya .
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah dek lembutnya hatinya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunianya terasa akan terus berjalan dan dia harus kuat.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ayat-ayat cinta Sang Kekasih sampaikan ketenangan pada hati kecilnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia gunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya..
Meski luka lama di hatinya sendiri kembali berdarah.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dirinya tetap menjadi MUSLIMAH kerana dia yakin janji Allah itu pasti.
Monday, November 7, 2011
gaDis itU..
Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... tulus wajahnya, setulus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...
Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...
Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni�matNya ...
Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan Ãlmu, si teman bicara, dialah Ã’ishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.
Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...
Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...
Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni�mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!
Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahÃpayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma�rifatullah ...
Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI.
( Rudi Al-Farisi )
rAbiatul AdaWiyah...
Rabi'atul Adawiyah: Kisah-kisah teladan
Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi
agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara'
dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai
kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.
Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau..
KISAH 1:
Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si
pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok
tersebut.
Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri
tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil
sesuatu dari rumahku ini."
Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka
tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta
tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun
lain pula yang berlaku.
"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi
kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu
ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil
menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga."
Jawab si pencuri.
"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu
ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu
solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah
mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.
Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa
gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi
lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul
Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu'
menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2
rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum
ini.
Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri
ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."
KISAH 2 :
Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai
telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji
beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah
bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini
Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.
"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.
"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.
"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah
dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota
kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang
telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.
"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan
tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada
pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata :
"Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.
Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."
KISAH 3 :
Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang
sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"
"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.
"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.
"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.
Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa
usiamu sekarang?"
Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"
"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya
beliau lagi.
"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.
"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu
bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul
Adawiyah.
"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.
"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan
tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang
sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti
manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.
"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit
sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.
Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu
bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.
Subscribe to:
Posts (Atom)