>
alhamdulillah segala pujian hanya padamu Ya ALLAH..
ujian2 berlalu dengan mudah untuk ku lalui walaupun berlalu
dengan begitu sulit tanpa orang yg ana sayangi..kadang2 ana x mengerti knape
ujian hadir silih berganti..meninggalkn perih yang mendalam,2 hari yang lpas setelah ana mlalui hari yang sukar, ana dikjutkan dngan kejadian yang menimpa ibu ana..terdeti di hati ini knape sekali lagi ana diiuji..apa salah ana??..tp alHamdulillah ana ada seorang sahabat yang telah menyedarkan ana tentang ketentuan Allah..beristighfar pnjang ana stelah mnyedarinya..ibu Ana kmungkinan akan dibedah tp Alhamdulillah ia tdak dlkukan kerana ayah ana x izinkan kerana penyakit yamg mnmpa ibu ana bkan sakit yang boleh diibati dengan cara itu,oleh kerana itu kami sekeluarga mngambil keputusan mnggunakan perubatan secara islam di darul syifa(kl) dan ana bersyukur sangat sebab Ibu ana kelihatan lebih sihat walaupun masih xmmpu untuk berdiri sendiri kerana kesan rawatan di hospital yang terpksa memasukkan wayar ke saluran papda tubuhnya,xsnggup ana mlihatnya tp ana kuatkan hati ana menahan segala kesedihan dalam hati ana demi ibu ana..berat sngat bende ini wat ana..tp ana bersyukur padamu Ya Allah kerana masih dikuatkan hati melalui ini semua..Ya allah jadikanlah ujian ini sebagai kkuatan buatku...aMin..
Tuesday, May 31, 2011
Saturday, May 28, 2011
uJianmu...
Ada yang mengatakan ujian adalah kesusahan pada tubuh badan
kesusahan pada jiwa
apa untungnya Allah menyusahkan jasad dan jiwa
bukankah ia tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-Nya
apalagi Dia Maha Mengasihani Maha Sopan-santun.
Pandanglah ujian dengan hatimu
ujian adalah perbuatan Tuhanmu
bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu
bila kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi pilihan
bila sudah lulus dan dipilih
Dia bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya
keteguhan kamu melintasi ujian
menjadi dalil pilihan-Nya adalah tepat
inilah keadilan-Nya.
Ujian ditujukan kepada rohani bukan kepada jasad atau jiwa
tujuannya untuk mengukur tauhid
bukan sekadar untuk kesabaran
apakah nilai sabar tanpa tauhid
bukankah sabar juga bersama si kafir.
Ujian yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid
menambahkan kekuatan pandangan hati
tidak berkelip memandang kepada Tuhan
sehingga kepedihan ujian menjadi kemanisan.
Ujian adalah pentas sandiwara
mempamerkan kebijaksanaan Tuan Pengarah
bila engkau diberi watak menderita
hingga berjaya membuat penonton menangis
ketahuilah
engkau adalah pelakun penting
diasuh untuk menjadi bintang
bakal menerima ganjaran lumayan.
Apabila engkau menjadi pelakun
apa bezanya watak gembira dengan watak duka
skrip di tangan Tuan Pengarah.
Ada apa dengan cinta??
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
~ Mahatma Ghandi
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.
Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.
Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.
Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa.
Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta itu buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, iaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.
Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.
Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini..
Wahai jiwa Yang Tidur...Bangkitlkah!!
Wahai jiwa yang tidur...bangkitlah!!
Bangkitlah dari lamunan dan igauan di siang hari
Akibat kekeyangan nafsu diri
dan maksiat yang melingkari
serta angan-anganmu yang tidak tahu berhenti
Apakah mata hatimu sudah tertutup
atau pekak menjadi tuli
umat islam diganasi
siang dan malam tanpa henti
Bumi yang panas ini sekali lagi menjAdi saksi
kekejaman Yahudi Zionis
mencabut nyawa syeikh kami
Ahmad Yasin dan Abdul aziz rentessi
kau tembak mereka bukan dengan peluru biasa
namun pelancar yang bertubi-tubi
dari jenama Amarika
bergegar tujuh petala langit
Akibat kekejaman kamu yang tidak terperi
Namun langkah perjuangan tetap diteruskan
biar kami semua tumbang satu persatu
namun,aqidah kami tetap kukuh
bagai bukit Jabal Nur yang memancar cahaya Ilahi
umat ini terus bangun
akan ada 1000lagi seperti syeikh Ahmad Yasin dan Abdul aziz rentessi
yang prnah berkata
'Aku mahu mati sebagai syuhada daripada mati akibat kenser dan darah tinggi
tangankan terus memimpin tangan-tangan umat
Demi membela tanah suci ini
AL-QUDS bukan amanah mereka sahaja
namun juga milik kita
yang mesti dipertahankan
dengan apa sahaja cara
hatta tergadai tubuh binasa
(DIPETIK DARI:buku Syeikh Ahmad yasin Bapa intifada palestin)
w@nita Akal senipis rambutnya
jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
tanpa mereka,fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
masih mencari walau ada segalanya,
apa yang tiada dalam syurga??
namun adam tetap rindukan hawa
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok,
untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan
bayang yanglurus..
luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
didiklah mereka dengan panduan darinya,
jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka akan semakin derita,
kenalkan mereka kepada Allah,zat yang kekal,
di situlah punca kekuatan dunia
Akal senipis rambutnya,tebalkanlah ia dengan ilmu,
hati serapuh kaca,kuatkanlah ia dengan iman
perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan akhlak
suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya..
mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab..
bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan kelemahan..
dan bukan diskriminasi Allah..sebaliknya disitulah
kasih dan sayang Allah..
wanita yang lupa hakikat kejadian..
pasti tidak akan terhibur,dan tidak akan menghiburkan
tanpa iman,ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus
bahkan semakin membengkok...
itulah hakikatnya jika wanita tidak kenal RABbnya..
Bila wanita menjadi derhaka..
pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara
lelaki pula janganlah mengharapkan kekuatan
semata-mata..tapi binalah kepimpinan..
pastikan sebelum wanita menuju ilahi,pimpinlah diri
kepadanya...jinakkanlah diri kepada Allah..
Nescaya akan jinaklah segala-segalanya di bawah pimpinanmu..
janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-zahrah
seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali Karamallahuwajhah
uNtukmu ar-Rijal(lelaki)
Jika seorang wanita menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu mendengar rintihanya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egonya.
Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis keranamu,
Tolong menerimanya dengan penuh pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mensia-siakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagikah yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan keranamu……
Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi.
Lelaki
Fikirkanlah tentang ha litu
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah
Hanya kau yang tahu jawapannya….
Pertimbangkanlah
Kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mengatakan ‘MAAF’!
kerna hatinya xmmpu untk mnerimamu lagi...
Monday, May 16, 2011
zauj idamanku..
Zauj idamanku adalah seorang syabab yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada ALLAH
Yang hatinya penuh penghayatan terhadap islam
Yang sentasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang xpernah takut untuk berkata benar
Yang xpernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan org2 yang berjuang di jalan Rab-NYA
Zauj idamanku adalah syabab yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak angkuh harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat baik kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Zauj idamanku sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-quran dan mencontohi sifat rasul-Allah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Dan menjaga mata dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya
Zauj idamanku tidak pernah membazir masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Zauj idamanku sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang di akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dijaga dan dibaja
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian
Zauj idamanku adalah syabab yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawaku bersamanya..
Dialah ZAUJ idamanku..
*zauj(suami)
*syabab(pemuda)
Saturday, May 14, 2011
kepahitan&kemanisan
Biar kepahitan itu pergi,agar kemanisan mengisi
biarkan kekecewaan berlalu,agar kegembiraan mewarnai
biarkan kegelisahan lenyap,jangan kita hilang semangat
biar penderitaan itu menyapa,agar kekuatan jana semula.
biarkan diri ini derita,agar tahu kepahitan derita ini
agar aku sedar kesengsaraan ini
xsama bahkan hanya secebis dari penderitaan RasulAllah s.a.w
tuhan sesekali x menzalimi hambanya
tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri
cahaya,kelam,pahala,dosa berupaya memilihnya
walau kadang2 tersasar lantaran pantan nafsu
namun peluang darinya sentiasa ada
namun kasihnya sentiasa memayungi
diturunkan ad-din memperhalusi akal
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
dikurniakan akhlak mempercantikkan pekerti
menjadi sebaik2 umat,tunduk sebagai hamba
berjalan sebagai khalifah
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata"iman"
menyemai sepohon "takwa"
agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu"
agar dapat berlindung dari angin "hasutan syaitan"
dalam mencari keredhoan ALLAH s.w.t
pengorbanan seorang ibu
-mengandung,melahirkan
-menimang,mendodoi,menidurkan,melindungi
-memandikan ,membasuh najis yang kotor dan busuk,mengelap,
memakaikan pakaian,menyisir rambut,menyapu bedak&wangian
-menyusukan,menyediakan makanan,menyuap dengan sabar
-mendoakan tanpa jemu
-mendidik,mengajar
-memberi kasih sayang,membelai,memujuk
-membelikan,membasuh,menyidai,melipat,menggosok baju&pakaian
-membersihkan kotoran yang si anak lakukan
-sabar atas perangai kita dan mencintai tanpa syarat
kalau diikutkan tidak terkira pengorbanan seorang ibu..
sedarilah insan yang bernama anak...
luahan hatiku..
Aku hanya mahu jadi orang yang baik
melakukn kebaikan supaya orang lain dapat manfaat
jika aku x mampu..
janganlah kiranya aku buat kejahatan
atau..kejahatan dalam kebaikan
biarlah aku diam andai aku belum bersedia
kini aku lemah..namun xpula aku ingin lemah selama2nya
aku harap aku akan kuat..dan..
aku mohon sangat2 biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan
ya ALLAH..
engkau saja tempat aku mengadu
kerana kau teman yang setia ya Allah
redhoilah aku..
Subscribe to:
Posts (Atom)