Ana:"umi,mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang??"
Umi:"dua-dua bukan..plihan hati kita ialah orang yg sayangkan kita kerana ALLAH"
Ana:"tapi umi,mcam mna nak tau orang tu sygkan kita kerana ALLAH??"
Umi:"Yang paling tahu hanya Allah..Kerana hanya Allah mampu membaca
hati hambaNya..Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya
tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang tu.."umi tersenyum..abah
menjeling..hehe...
Ana:"xfahamlah umi..hehe.."
Umi:"Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha
Allah..begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan
berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu
fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Setiap manusia telah Allah
tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah
jodohnya itu?"
Ana:"hehe..xtahu umi..ALLAH je yg tau.."malu pulak rasanya..
Umi:"sayang dgar ni umi nk pesan..Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta
pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita
kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta
atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin..
Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak
azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita
akan dikahwinkan dengannya.."
-tiba2 je air mata ni mengalir..:'(
Umi:Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang
selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu
degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang
tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai
antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara
perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-
batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya
batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan
seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang
amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan
jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna
ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha
Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha
Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap
lelaki ajnabi seperti yang awalnya.
Umi sambung lgi..Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan
milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh
memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia
pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah
nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa
sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah
sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman
bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya
bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta
Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.umi dah
didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan
anak2 umi yang umi sayang sangat ni pada ALLAH untuk Dia pelihara.."suara umi
sebak...terus peluk umi..
~~trima kseh umi..trima kseh ats segalanya..:'(
Saturday, February 21, 2015
Saturday, May 18, 2013
Kisah Cinta Seorang Anak Kecil Kepada RASULULLAH S.A.W..
Pada zaman Al Imam Al-Hafiz Wajihuddin Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad al-Syaibani al-Yamani al-Zabidi al-Syafie ( pengarang maulid Dibai), dikala waktu sang imam ingin ziarah ke Magam Rasulullah SAW dari kota Yaman ke kota Madinah bersama para sahabatnya dan jammaahnya. Ada seorang anak kecil yang ingin sekali melihat Magam Rasulullah SAW, Al Imam menanyakan kepada salah satu sahabatnya.
”Ini anak siapa? Apa yang ingin ia lakukan?” Dan salah satu sahabatnya mengatakan ”Ia ingin ikut perjalanan kita, Ya Imam.” Lalu Al Imam itu menjawab, “Tidak boleh karena perjalanan ini sangat jauh dari kota Yaman sampai Madinah menepuh jarak 4 sampai 1 minggu perjalanan itu pun naik kuda.”
Lalu anak itu pergi karana tidak di izinkan oleh Al Imam Al-Hafiz Wajihuddin Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad Al-Syaibani al-Yamani al-Zabidi al- Syafie. Tapi waktu dalam perjalanan menuju kota Madinah anak itu diam-diam ikut dan meyusur masuk ke bawah kereta kuda Al Imam tersebut, ia hanya bergantungan di antara roda-roda kereta kuda tersebut. Dalam perjalanan ia tidak makam dan minum selama 1 minggu perjalanan kerana sangat ingin sekali melihat Makam Rasulullah SAW dan sangat mencintai Rasulullah SAW.
Dan setelah satu minggu rombongan tersebut sampai di kota Madinah. Tiba-tiba ada seorang sahabat yang berteriak
"Yaallah ini anak kecil yang kemarin dilarang olehku untuk ikut bersama kita tetapi ia pun ikut bersama kita ana tidak melihat anak kecil ini selama perjalanan.
Kemudian anak kecil itupun terus berlari dan mengambil debu, meyirami debu kewajahnya sampai tidak bisa bernafas dan meninggal di kota Madinah ia pun belum sempat berziarah Makam Sayyidina Muhammad SAW kerana sangat bergembira sudah sampai ke kota Sang Nabi, lalu Al Imam Al-Hafiz Wajihuddin Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad al-Syaibani al-Yamani al-Zabidi al-Syafie pun menangis melihat anak kecil ini yang sangat mencintai Rasulullah SAW. Lalu di sepakati oleh rombongan dan Imam untuk menguburkan anak itu di kota madinah, lalu berbeberapa hari Al Iimam Al-Hafiz Wajihuddin Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad al-Syaibani al-Yamani al-Zabidi al-Syafie di kota Madinah dan sempat menziarahi magam anak kecil tersebut ia melihat magam tersebut bergeser mendekati MaKam Sayyidina Muhammad SAW .
SAMPAI SEKARANG MAKAM TERSEBUT MASIH ADA DAN MAGAM TERSEBUT ADA DI SEBERANG MASJID NABAWI.
Al imam Al-Hafiz Wajihuddin Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad al-Syaibani al-Yamani al-Zabidi al-Syafie pun menagis di dalam rumahnya “Aku ini adalah seorang imam tapi aku malu melihat kecintaan seorang anak yang sangat mencintai Rasulullah SAW. Dan sang Imam pun menulis riwayat perjalanan anak kecil tersebut di Maulidnya.
*Jikalau anak sekecil itu sudah mampu mencintai Rasulnya dengan sepenuh-penuh hati sehingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri...Tapi bagaimana pula dengan kita?? kerasnya hati kita ini sehingga ke usia beginipun kita masih mampu untuk memupuk rasa cinta dengan sepenuh hati kepada Rasul kita Muhammad S.A.W
Wallahualam
link asal:http://mahatera.blogspot.com/2011/02/kisah-cinta-seorang-anak-kecil-kepada.html
Labels:
AKU MENCINTAIMU YA RASULULLAH...
Subscribe to:
Posts (Atom)