-->
Cinta Sang MuRabbi_wardah

ahlan wasahlan

singgahan sahabat

Saturday, February 21, 2015

Pendapat Umi

Ana:"umi,mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang??"

Umi:"dua-dua bukan..plihan hati kita ialah orang yg sayangkan kita kerana ALLAH"

Ana:"tapi umi,mcam mna nak tau orang tu sygkan kita kerana ALLAH??"

Umi:"Yang paling tahu hanya Allah..Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang tu.."umi tersenyum..abah menjeling..hehe...

Ana:"xfahamlah umi..hehe.."

Umi:"Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?"

Ana:"hehe..xtahu umi..ALLAH je yg tau.."malu pulak rasanya..

Umi:"sayang dgar ni umi nk pesan..Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

-tiba2 je air mata ni mengalir..:'( Umi:Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.

Umi sambung lgi..Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan anak2 umi yang umi sayang sangat ni pada ALLAH untuk Dia pelihara.."suara umi sebak...terus peluk umi.. ~~trima kseh umi..trima kseh ats segalanya..:'(
Posted by mahabbah rindu at 6:15 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

under score??



Create Your Badge

facebook follower

Follow this blog

Followers

waktu untuk kekasih

Total Pageviews

Dai'yah

  • .: Sufi Haraki :.
    BONGKAR!!! Masuk Islam Setelah Menemukan Rahsia Sujud Dalam Solat - "Dr. Fidelma, ahli neurologi berasal dari Amerika Syarikat mendapat hidayah ketika melakukan kajian terhadap saraf otak manusia. Ketika melakukan penelitia...
    12 years ago
  • Between the paths.....
    Itu Waktu! - Waktu. Detiknya takkan pernah berhenti. Lihat jam pada dinding.Tidak sesaat pun berhenti. Rapatkan telinga pada jam tangan.Sama sebiji! Sedar tak sedar d...
    12 years ago
  • -:Di Sebalik Kisah Hidup Seorang Hamba,Tiada Tandingannya Cinta Illahi:-
    Hamba Kepada Ibunya... Uwais Al-Qarni - *Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makb...
    14 years ago
  • SiRruN QaLBi
    TaK KaN DaH MeLaTaH KoT.. - بسم الله الرحمن الرحيمLama tak mengarang.. entah tiba-tiba rasa macam nak meluahkan rasa kurang senang pada sesetengah pihak ni. maaflah kalau ianya agak p...
    14 years ago

follow

text scroller


About Me Myspace Comments
My photo
mahabbah rindu
mersing, johor, Malaysia
ana hanya seorang hamba yang masih setIa menIti perJAlnan hidup yaNg maSih panjANG..SEOrANG Insan Yang mencAri bekALAN duNIA UNtuK AKhiRAT YAng menAnti..musliMAh yang cuBa BANGKit daN MENCaRI KEREDHoaNmu YA kHAliq...biarpOn dOSA sentiasa menGhmpit hati tp moHon tetAp diKUatkan hati...amin
View my complete profile

About mahabbah rindu

"/>
"/>wardah el-solehah
"/>10 DES 1994
"/>19 tahun
"/>student
"/>nurwardahsolehah@yahoo.com

ketika cinta bertasbih




Gratisan Musik

~list~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cOretan mAhabbah rindu

  • ►  2010 (8)
    • ►  February (4)
    • ►  March (4)
  • ►  2011 (40)
    • ►  May (10)
    • ►  June (14)
    • ►  July (2)
    • ►  August (2)
    • ►  September (5)
    • ►  October (1)
    • ►  November (5)
    • ►  December (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  January (3)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  May (2)
  • ▼  2015 (1)
    • ▼  February (1)
      • Pendapat Umi

background

visitor

free counters
Free counters
Powered by Blogger.
Half Purple and Blue ButterflyHalf Purple and Blue ButterflyHalf Purple and Blue ButterflyHalf Purple and Blue Butterfly