Monday, May 16, 2011
zauj idamanku..
Zauj idamanku adalah seorang syabab yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada ALLAH
Yang hatinya penuh penghayatan terhadap islam
Yang sentasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang xpernah takut untuk berkata benar
Yang xpernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan org2 yang berjuang di jalan Rab-NYA
Zauj idamanku adalah syabab yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak angkuh harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat baik kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Zauj idamanku sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-quran dan mencontohi sifat rasul-Allah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Dan menjaga mata dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya
Zauj idamanku tidak pernah membazir masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Zauj idamanku sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang di akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dijaga dan dibaja
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian
Zauj idamanku adalah syabab yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawaku bersamanya..
Dialah ZAUJ idamanku..
*zauj(suami)
*syabab(pemuda)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
same lah,dia zauj idaman sy juga...=(
ReplyDelete