-->
Cinta Sang MuRabbi_wardah

ahlan wasahlan

singgahan sahabat

Wednesday, September 7, 2011

waHAi sanG kuMbang..


Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.

Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan.

Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.

Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati
Posted by mahabbah rindu at 2:46 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

under score??



Create Your Badge

facebook follower

Follow this blog

Followers

waktu untuk kekasih

Total Pageviews

Dai'yah

  • .: Sufi Haraki :.
    BONGKAR!!! Masuk Islam Setelah Menemukan Rahsia Sujud Dalam Solat - "Dr. Fidelma, ahli neurologi berasal dari Amerika Syarikat mendapat hidayah ketika melakukan kajian terhadap saraf otak manusia. Ketika melakukan penelitia...
    12 years ago
  • Between the paths.....
    Itu Waktu! - Waktu. Detiknya takkan pernah berhenti. Lihat jam pada dinding.Tidak sesaat pun berhenti. Rapatkan telinga pada jam tangan.Sama sebiji! Sedar tak sedar d...
    12 years ago
  • -:Di Sebalik Kisah Hidup Seorang Hamba,Tiada Tandingannya Cinta Illahi:-
    Hamba Kepada Ibunya... Uwais Al-Qarni - *Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makb...
    14 years ago
  • SiRruN QaLBi
    TaK KaN DaH MeLaTaH KoT.. - بسم الله الرحمن الرحيمLama tak mengarang.. entah tiba-tiba rasa macam nak meluahkan rasa kurang senang pada sesetengah pihak ni. maaflah kalau ianya agak p...
    14 years ago

follow

text scroller


About Me Myspace Comments
My photo
mahabbah rindu
mersing, johor, Malaysia
ana hanya seorang hamba yang masih setIa menIti perJAlnan hidup yaNg maSih panjANG..SEOrANG Insan Yang mencAri bekALAN duNIA UNtuK AKhiRAT YAng menAnti..musliMAh yang cuBa BANGKit daN MENCaRI KEREDHoaNmu YA kHAliq...biarpOn dOSA sentiasa menGhmpit hati tp moHon tetAp diKUatkan hati...amin
View my complete profile

About mahabbah rindu

"/>
"/>wardah el-solehah
"/>10 DES 1994
"/>19 tahun
"/>student
"/>nurwardahsolehah@yahoo.com

ketika cinta bertasbih




Gratisan Musik

~list~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cOretan mAhabbah rindu

  • ►  2010 (8)
    • ►  February (4)
    • ►  March (4)
  • ▼  2011 (40)
    • ►  May (10)
    • ►  June (14)
    • ►  July (2)
    • ►  August (2)
    • ▼  September (5)
      • DuniA,eXam!! AdakAh sama???
      • waHAi sanG kuMbang..
      • ketenanGan hati
      • wahai cinta hati
      • cintA ini...
    • ►  October (1)
    • ►  November (5)
    • ►  December (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  January (3)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  May (2)
  • ►  2015 (1)
    • ►  February (1)

background

visitor

free counters
Free counters
Powered by Blogger.
Half Purple and Blue ButterflyHalf Purple and Blue ButterflyHalf Purple and Blue ButterflyHalf Purple and Blue Butterfly