Monday, November 26, 2012
Teratak Kasih Bonda
sendirian aku diulik perasaan hiba sewaktu pertama kali aku menjejakkan kaki aku di Rumah Seri Kenangan,Johor Bharu,ku tatap mata-mata Redup yang menanti sepi di ruangan sunyi...Terukir senyuman yang telah menutup segala kelukaan di hati.
"redup mata membuktikan kasih yang tertinggal sepi.. tiada terusik,mengukir seribu kenangan yang terpahat redup di mata sepi si tua yang terdiam sunyi"
Dulu sewaktu kita masih kecil Dialah pemdamai.. Dialah penasihat..Dialah lukisan jiwa,Dialah tempat kita menumpang kasih syg,Dan Dia tidak pernah lekang mencurahkanya tanpa pernah mengharapkan walaupun satu balasan, tetapi apabila kakimu sudah mampu melangkah pergi,kau meninggalkanya terpuruk sepi di persinggahan sementara menanti hari terakhirnya tiba,sedangkan Dia mengharapkanmu untuk bersamanya menghabiskan sisa-sisa hidunya,pernahkah kau berfikir akan Dia?? Dialah ibu yang telah melahirkanmu,menyusukanmu dan membesarkanmu tanpa secebis keluhan.
suatu tika dulu saat tangisanmu berpanjangan dan hatimu keluh kesah serta luka mencalar tubuh kecilmu,siapakah yang telah merawatmu?? siapakan insan yang sentiasa ada buatmu?? Renung-renungkanlah duhai insan yang bergelar Anak...
kini bila waktunya semakin sedikit..Akalnya sudah tidak mampu berfikir,kernahnya juga semakin keanak-anakkan,urusan peribadinya juga sudah tidak mampu dia uruskan sendirian,kau sanggup membiarkanya sendirian,kau hilangkan sifat sabar dalam diri untuk melayani kerenahnya,sedangkan dia menanamkan seribu kesabaran di dalam hatinya semata-mata untuk kebahagianmu..dan memberimu sebuah kehidupan yang indah untuk kau lalui..
SubhanAllah!! besarnya pengorbanan seorang ibu..hingga tak dapat dibalas oleh anak-anakmu...oh ibu!! maafkan anak-anakmu..
Duhai Anak..didiklah hatimu penuh kesabaran untuk bersama melayari bahtera kehidupan dengan penuh kerahmatan dan keberkatan dengan sentiasa berada di samping ibumu.. kerana tanpa Dia hidupmu tak beerti..bahkan ketenangan hatimu akan diregut untuk kau lebih menghargai ibumu..
Ya ALLAH,KAU AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI..DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI..KASIHANILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANI KAMI SEWAKTU KAMI KECIL..AMEN.. =)
Labels:
~UMI,
KAULAH RATU HATIKU~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment